Salam Hari Pekerja 2025 daripada Barakah Digital
“Selamat Menyambut Hari Pekerja” kepada semua insan yang berusaha dengan ikhlas dan penuh dedikasi.

Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
“Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan kamu itu…”
(Surah At-Taubah, 9:105)
Rasulullah SAW juga bersabda:
“Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh.”
(Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Semoga segala usaha dan titik peluh kita menjadi amal soleh yang diberkati dan dinilai tinggi di sisi-Nya.
Teruskan berbakti dengan penuh semangat, kejujuran dan keikhlasan.
Terima kasih kerana menjadi tulang belakang kejayaan!
#BarakahDigital #HariPekerja2025