1- Jumlahkan komitmen peribadi setiap bulan.
Byr kereta.
Byr rumah.
Belanja dapur.
Belanja sekolah anak.
Duit poket.
Dan sbgnya.
Jumlahkan semua ikut jumlah bulan2 sebelum.
Dapat jumlah ni, ambik sekaligus setiap bulan.
Atau ambil 2 kali dlm sebulan.

Transfer dr akaun company ke akaun personal tulis “gaji owner”
2- Jangan sesekali bayar komitmen peribadi guna akaun company.
Akaun company guna utk bayar kos2 bisnes sahaja. Gaji staf, sewa pejabat, bil letrik pejabat, dan sbgnya takpe.
Asingkan perbelanjaan peribadi dan company akan mencantikkan transaksi akaun bisnes anda.
3- konsisten rekod dan simpan resit transfer “gaji owner” tadi. Jangan tukar-tukar reference atau rujukan. Kejap gaji owner. Kejap gaji bos. Kejap pinjam dulu. Kejap advance.
Ini akan memudahkan juruakaun mengira berapa jumlah gaji yg diambil oleh pemilik enterprise.
4- Buat aliran tunai setiap bulan utk bisnes dan utk peribadi.
Monitor kemana duit anda pergi. Perbelanjaan apa yg plg besar dan di mana boleh jimatkan duit.
5- Pemilik perniagaan tidak perlu buat slip gaji. Ia tidak laku di bank atau di mana2 sahaja. Kwsp, perkeso juga tidak wajib. Jika nak buat, tiada masalah. Tapi ia tidak membantu sekiranya anda nak buat pinjaman bank.

Sumber: Syafiq Suhaimi & CO. –